Ulat Tanah
Hampir seminggu Tuan
Peladang duduk termenung. Musim kemarau memusnahkan tanaman diladangnya. Tanah
menjadi kering-kontang. Tuan Peladang melihat air simpanannya di dalam tempayan
cuma tinggal separuh sahaja lagi. Dia khuatir jika keadaan kemarau terus berlarutan,
ini akan mengakibatkan dia mati kehausan.
Seekor lembu kepunyaan Tuan Peladang berada di kandang. Sang Lembu gembira kerana tidak perlu bekerja di ladang sejak musim kemarau melanda. Namun demikian, kegembiraan lembu itu tidak lama kerana musim kemarau itu menyebabkan rumput-rumput segar yang menjadi makanannya kering dan mati. Kini sukar bagi Sang Lembu itu mendapatkan rumput yang segar.
Pada suatu hari Sang
Lembu mengambil keputusan untuk meninggalkan Tuan Peladang. Seboleh-bolehnya
Sang Lembu ingin membuat sesuatu untuk mengubat kesedihan Tuan Peladang. Pada
suatu malam, Sang Lembu telah keluar meninggalkan kandangnya. Sang Lembu
berjalan untuk mencari sumber air. Setelah jauh berjalan, Sang Lembu terjumpa
dengan sebuah perigi. Sang Lembu berfikir, tentulah perigi itu mempunyai air
tetapi sungguh malang nasibnya kerana tiada air di dalam perigi tersebut. Sang
Lembu berasa sedih dan duduk di tepi perigi buta itu sambil mengenangkan nasib yang
bakal manimpa dirinya.
Sewaktu Sang Lembu
duduk ditepi perigi itu, dia terdengar satu suara memanggilnya.
“Siapa?” Sang Lembu bertanya kehairanan.
“Siapa?” Sang Lembu bertanya kehairanan.
“Aku, ulat tanah di
dalam perigi buta ini.”
“Buat apa kamu di
dalam perigi ini?” soal Sang Lembu lagi.
“Ini rumahku Sang
Lembu. Sudah lama aku di sini sejak perigi ini kering airnya.”
“Tapi bagaimana kamu
boleh hidup tanpa air di sini?” cetus Sang Lembu itu.
“Aku akan memberitahu
kamu kenapa aku boleh hidup di sini tetapi kamu mestilah berjanji denganku
terlebih dahulu.”
“Cakaplah saja dan aku akan berpegang pada janji-janji kamu itu.”
“Aku tahu kamu dan
Tuan Peladang menghadapi masalah kekurangan air. Aku boleh tolong mengatasi
masalah tersebut.” Sang Lembu tertawa. Dia tidak percaya dengan ulat tanah.
“Dengarlah dulu kata-kata aku ini. Janganlah mentertawakan aku pula,” marah
ulat tanah.
“Aku minta maaf Sang
Ulat. Cakaplah aku bersedia mendengarnya.”
“Sebenarnya tanah di
dalam perigi ini tetap lembap. Kalau digali pasti akan mengeluarkan air. Air
perigi ini akan penuh semula. Justeru itu aku boleh berikan perigi ini kepada
kamu dan Tuan Peladang. Tetapi sebagai ganjaran kamu hendaklah menyuruh Tuan
Peladang menanam tanam-tanaman seperti sayur-sayuran di sekitar perigi ini. Aku
dan kawan-kawanku akan berpindah dari perigi ini tetapi tidak jauh dari kawasan
ini juga.”
“Terima kasih atas
pertolongan kamu itu Sang Ulat. Tapi kenapa tuan aku mesti menanam tanaman di
kawasan perigi ini?”
“Itu sebagai ganjaran
kepadaku. Kamu hendaklah merahsiakan perkara ini dan tidak memberitahu sesiapa
pun tentang perigi ini. Berjanjilah kamu akan menyuruh Tuan Peladang menanam
sayur-sayuran di sini.”
“Baiklah. Terima
kasih di atas pertolongan kamu itu wahai Sang Ulat.”
“Ah! Perkara biasa
saja. Bukankah kita hidup perlu saling tolong-menolong.”
Sang Lembu pulang
dengan hati yang girang. Didapatinya Tuan Peladang masih duduk termenung. Sang
Lembu terus menceritakan tentang penemuan perigi itu kepada Tuan Peladang.
Mendengarkan cerita Sang Lembu, tanpa berlengah-lengah lagi Tuan Peladang
membawa cangkul dan tangga ke perigi yang dikatakan oleh Sang Lembu.
Tuan Peladang turun
ke dalam perigi menerusi tangga yang dibawanya dan terus mencangkul tanah di
dalam perigi tersebut. Tidak berapa lama kemudian, mata air mulai muncul di
permukaan tanah.
Hati Tuan Peladang
bertambah riang. Air mulai memenuhi perigi itu. Tuan Peladang menepuk-nepuk
belakang Sang Lembu yang berjasa terhadapnya. Walaupun begitu Sang Lembu tidak
memberitahu siapakah yang mengesyorkan agar Tuan Peladang menanam sayur-sayuran
di kawasan perigi itu. Tuan Peladang pula tidak banyak soal dan bersetuju
dengan pendapat Sang Lembu untuk menanam tanam-tanaman di kawasan itu. Ini akan
memudahkan lagi baginya mendapat bekalan air.
Beberapa bulan
kemudian, sayur-sayuran tersebut tumbuh dengan suburnya. Tuan Peladang berasa
sangat gembira. Di samping itu, Tuan Peladang juga menperolehi pendapatan
daripada hasil menjual air. Semakin bertambah lumayan pendapatan Tuan Peladang.
Pada suatu hari, Tuan
Peladang datang ke kawasan perigi untuk memetik sayur-sayurannya tetapi
alangkah terkejutnya Tuan Peladang apabila mendapati sayur-sayurannya terkorek
di sana-sini. Tuan Peladang menuduh Sang Lembu memakan dan merosakkan tanaman
yang ditanamnya. Sang Lembu tidak mengaku bersalah. Tuan Peladang semakin marah
dan memukul belakang Sang Lembu sekuat-kuat hatinya. Sang Lembu menjerit
kesakitan dan terpaksalah dia berterus-terang. Mendengarkan cerita Sang Lembu,
Tuan Peladang rasa tertipu.
Tuan Peladang tidak
mempercayai bahawa ulat tanah boleh membantu memberikan air. Tuan Peladang
mencari ulat tanah di merata-rata tempat. Beberapa kawasan tanah digali oleh
Tuan Peladang. Akhirnya Tuan Peladang berjumpa dengan sekelompok ulat tanah.
Tanpa membuang masa lagi, Tuan Peladang mengambil racun lalu disemburkannya ke
arah ulat-ulat tersebut. Banyaklah ulat tanah yang menjadi korban.
Seekor ulat tanah
sempat melarikan diri. Ulat tanah itu tahu Tuan Peladang tidak berhati perut dan
mengenang budi. Ulat tanah bersumpah untuk membalas dendam. Ulat tanah tidak
mahu melihat Tuan Peladang dan Sang Lembu di kawasannya lagi. Sememangnya Sang
Ulat Tanah menyimpan kemarahan yang amat sangat.
Tiba-tiba air perigi
menjadi kering kembali. Habis kesemua tanaman Tuan Peladang terkulai layu. Tuan
Peladang tersentak melihat perubahan yang mendadak itu. Dia berasa sangat
menyesal kerana membunuh ulat-ulat tanah. Sang Lembu pun turut bersedih
mengenangkan bencana yang bakal diterimanya nanti. Dari satu arah Sang Lembu
terdengar suara Sang Ulat Tanah berkata sesuatu.
“Tidak semua orang
itu boleh dijadikan kawan. Lebih baik hidup bersendirian dari berdampingan
dengan orang yang tak tahu mengenang budi.”
Kini Sang Lembu
mengerti tentang kesilapannya. Dialah yang patut disalahkan kerana memberitahu
Tuan Peladang tentang ulat tanah yang tinggal di kawasan itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar